Tuesday, February 1, 2011

Kajian Lapangan Menam Chao Phraya,Thailand.


Satu kajian di sepanjang Sungai Chao Phraya mencerminkan banyak aktiviti harian penduduk di Bangkok,Thailand. Bangkok terletak di delta Sungai Chao Phraya. Banyak terusan dibina untuk menyalurkan air Sungai Chao Phraya untuk mengelakkan banjir di Bangkok. Oleh itu, Bangkok dikenali sebagai "Venice of The East".

Sungai Chao Phraya telah dijaga dengan baik. Sampah sarap tidak kelihatan terapung di permukaan sungai. Penduduk menggunakan "Water Taxi" sebagai pengangkutan harian. "Cruise Boat" akan membawa pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah sepanjang Menam Chao Phraya. Pada waktu malam, terdapat ramai orang yang makan malam di restoran terapung.

Menam Chao Phraya


Orang Thai juga berniaga di Pasar Terapung. Terusan juga digunakan sebagai tempat menanam sayur-sayuran. Perkhidmatan mengumpul sampah dikendalikan dengan teratur di sepanjang terusan. Sampan berenjin digunakan oleh sesetengah penduduk Thai.


Sampan berenjin yang digunakan oleh penduduk Thai.


"Floating Market"


Perkhidmatan mengumpul sampah


Aktiviti penanaman sayur-sayuran(kangkung)


Usaha untuk menjaga kebersihan sungai di Malaysia perlu diamalkan bersama demi kesejahteraan semua pihak. Banyak aktiviti yang menarik seperti menanam sayur-sayuran, kegiatan rekreasi air dan lain-lain dapat dijalankan di sungai yang bersih dan sihat. Semoga kita dapat memanfaatkan sungai yang merupakan anugerah tuhan kepada kita.

Asia Pacific Forum:Youth Action On Climate Change

24-27 Januari 2011,Bangkok,Thailand.

4 orang putera S.M.K.A Al-Mashoor (L) dan 2 orang guru telah menyertai forum antarabangsa yang berlangsung di Rajamangala University of Technology,Bangkok,Thailand. Isu-isu mengenai pencemaran air dan udara, masalah perubahan cuaca dan pemanasan global telah dibentangkan oleh delegat-delegat dari Filipina, Indonesia, Laos, Kambodia, Thailand, Vietnam, Pakistan, Nepal, Jepun dan Bangladesh. Hasil forum ialah himpunan penyelesaian dan langkah-langkah konservasi dan pemuliharaan alam sekitar untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi secara global. Al-Mashoor (L) amat berbangga kerana terbilang dalam kalangan insan proaktif yang bertanggungjawab dan giat memelihara kesihatan alam.

SMKA AL-Mashoor (L) bersama delegat Indonesia.

Pelajar Al-Mashoor sedang bercakap tentang isu pencemaran yang dihadapi di Malaysia.


Wakil Bangladesh dan Nepal bergambar bersama SMKA AL-Mashoor (L)


Berita aktiviti penanaman pokok bakau oleh pelajar Thai dalam akhbar "Daily News Thailand"