Saturday, October 8, 2011

ANTARA AKTIVITI YANG DILAKUKAN PIHAK SEKOLAH

Pihak sekolah telah memansuhkan penggunaan polisterin. Hal ini betujuan untuk mengurang pengunaan bahan plastik yang susah untuk dilupuskan.

PERTANDINGAN MELUKIS SUNGAI

Pertandingan ini dijalankan pada 16 Ogos 2011 pada jam 3.30 petang. Pertandingan ini juga diwajibkan kepada semua ahli River Ranger. Perandingan ini dikendalikan oleh ahli jawatankuasa River Ranger dengan bantuan guru River Ranger iaitu Pn. Nor Hafizah Azni. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi kreativiti ahli River Ranger dan pertandingan ini juga dapat mengajar kepada ahli RR untuk berfikir secara positif dan terbuka.


UNTUK MELIHAT GAMBAR HASIL LUKISAN RR SILA KE HALAMAN PHOTO GALLERY

AKTIVITI RIVER RANGER DI SUNGAI AIR ITAM


Aktiviti ini dijalankan pada 29 Julai 2011 tempat jam 3.30 petang. sebelum aktiviti ini dijalankan, semua ahli River Ranger diberi pendedahan tentang cara-cara mengkaji dan menylidik keadaan air sungai. Pendedahan ini dibuat pada pejumpaan mingguan yang dibuat. bilangan ahli yang terlibat dalam aktiviti ini ialah seramai 11 orang. Tujuan akitivti ini dijalankan adalah untuk melahirkan kesedaran kepada ahli River Ranger tentang kepentingan sungai terhadap kehidupan seharian. Selain itu, aktiviti ini juga dapat menarik minat masyarakat dalam penjagaan sungai. Program ini dikendalikan oleh Pn. Nor Hafizah Azni iaitu guru River Ranger.


untuk melihat gambar sila ke halaman Photo Gallery

Thursday, October 6, 2011

GOTONG-ROYONG DI SEKOLAH

FOTO GOTONG -ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH











aktiviti mengutip plastik sampah











aktiviti membersihkan longkang












ahli RR berbincang sebelum menjalankan tugas













pengerusi memberi arahan untuk aktivti yang djalankan ini












Pembersihan taman di sekolah
















Tujuan diadakan : Membersih kawasan sekolah dan logkang di
kawasan sekolah bagi mengelakkan pencemaran
sungai.

Tarikh diadakan : Pada 28 Julai 2011 ( 2.30 petang)

Bilangan ahli yang : 10 ahli River Ranger
terlibat

Jumlah wang yang : RM 5.00
digunakan


Tuesday, February 1, 2011

Kajian Lapangan Menam Chao Phraya,Thailand.


Satu kajian di sepanjang Sungai Chao Phraya mencerminkan banyak aktiviti harian penduduk di Bangkok,Thailand. Bangkok terletak di delta Sungai Chao Phraya. Banyak terusan dibina untuk menyalurkan air Sungai Chao Phraya untuk mengelakkan banjir di Bangkok. Oleh itu, Bangkok dikenali sebagai "Venice of The East".

Sungai Chao Phraya telah dijaga dengan baik. Sampah sarap tidak kelihatan terapung di permukaan sungai. Penduduk menggunakan "Water Taxi" sebagai pengangkutan harian. "Cruise Boat" akan membawa pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah sepanjang Menam Chao Phraya. Pada waktu malam, terdapat ramai orang yang makan malam di restoran terapung.

Menam Chao Phraya


Orang Thai juga berniaga di Pasar Terapung. Terusan juga digunakan sebagai tempat menanam sayur-sayuran. Perkhidmatan mengumpul sampah dikendalikan dengan teratur di sepanjang terusan. Sampan berenjin digunakan oleh sesetengah penduduk Thai.


Sampan berenjin yang digunakan oleh penduduk Thai.


"Floating Market"


Perkhidmatan mengumpul sampah


Aktiviti penanaman sayur-sayuran(kangkung)


Usaha untuk menjaga kebersihan sungai di Malaysia perlu diamalkan bersama demi kesejahteraan semua pihak. Banyak aktiviti yang menarik seperti menanam sayur-sayuran, kegiatan rekreasi air dan lain-lain dapat dijalankan di sungai yang bersih dan sihat. Semoga kita dapat memanfaatkan sungai yang merupakan anugerah tuhan kepada kita.