SMKA AL-MASHOOR(L), PULAU PINANG
KERTAS KERJA
PROGRAM RIVER RANGER 2010
1. Tajuk : Kenali Sungai Air Itam
2. Pengenalan: Setiap sungai mempunyai riwayatnya masing-masing. Sungai Air Itam yang mengalir di belakang SMKA Al-Mashoor(L), Pulau Pinang berpunca daripada sungai kecil di pekan Air Itam. Sungai Air Itam mengalir ke dalam Sungai Pinang yang merupakan salah satu daripada sungai yang paling tercemar di dunia.
3. Rasional: ”Tak Kenal Maka Tak Cinta”. Aktiviti menyediakan pamphlet Sungai Air Itam bertujuan untuk menambahkan pengetahuan pelajar mengenai sungai ini. Pelajar akan meninjau aktiviti-aktiviti manusia di hulu sungai sehingga hilirnya. Mereka digalakkan untuk membuat siasatan mengenai punca-punca pencemaran sungai.
4. Matlamat: Menghasilkan pamphlet mengenai Sungai Air Itam untuk diedarkan dalam kalangan pelajar sekolah dan juga masyarakat umum.
5. Objektif :
(i) Membuat carian tentang Sungai Air Itam
(ii) Menyediakan pamphlet mengenai Sungai Air Itam
(iii) Meningkatkan kesedaran pelajar tentang pencemaran sungai dan kepentingan memelihara dan memulihara kesihatan sungai
6. Tarikh pelaksanaan : 25 September 2010
7. Tempat Program : Makmal Komputer SMKA Al-Mashoor(L)
8. Kumpulan sasaran : 20 orang pelajar
9. Sumber kewangan / bahan : Peruntukan Program River Ranger
10. Anggaran Perbelanjaan : RM 40.00
Bil. | Perkara | Kuantiti | | Jumlah kos, RM |
1 | Kertas cetak bewarna | 1 rim | 10.00 | 10.00 |
2 | Minuman botol | 20 botol | 1.00 | 20.00 |
3 | Hadiah coklat | 1 pkt | 10.00 | 10.00 |
| JUMLAH | 40.00 |
11. Penutup: Aktiviti ini akan meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan menjaga sungai kita supaya tidak tercemar. Pihak River Ranger akan mengawasi pelajar sekolah semasa carian maklumat tentang Sungai Air Itam. Hasil pamphlet dapat diedarkan kepada warga sekolah dan masyarakat umum.
Disediakan oleh :
Pn. Linda Toh
Tarikh : 1 September 2010
No comments:
Post a Comment