SMKA AL-MASHOOR(L), PULAU
KERTAS KERJA
PROGRAM RIVER RANGER 2010
1. Tajuk : Portret Sungai Air Itam
2. Pengenalan: Sungai Air Itam mengalir di belakang SMKA Al-Mashoor(L), Pulau Pinang.
Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran telah membangunkan tebing Sungai Air Itam dan membina dinding untuk mencegah hakisan tebing sungai ini.
3. Rasional: Aktiviti melukis Portret Sungai Air Itam bertujuan untuk menarik perhatian pelajar terhadap Sungai Air Itam serta mendidik pelajar supaya menikmati dan menghargai keindahan semulajadi sungai. Ia juga dapat mencungkil imaginasi pelajar dan mengasah kreativiti pelajar dalam pembangunan persekitaran sungai untuk rekreasi.
4. Matlamat: Melaksanakan tanggungjawab River Ranger untuk menyemai kasih sayang terhadap sungai dalam kalangan pelajar sekolah
5. Objektif :
(i) Melukis wajah sungai dari perspekstif pelajar masing-masing
(ii) Mencungkil imaginasi pelajar dalam pembangunan persekitaran sungai
(iii) Menerapkan nilai cintai sungai dan menikmati keindahan alam semulajadi
6. Tarikh pelaksanaan : 22 September 2010
7. Tempat Program : Sungai Air Itam di belakang SMKA Al-Mashoor(L)
8. Kumpulan sasaran : 20 orang pelajar
9. Sumber kewangan / bahan : Peruntukan Program River Ranger
10. Anggaran Perbelanjaan : RM 40.00
Bil. | Perkara | Kuantiti | | Jumlah kos, RM |
1 | Drawing block | 20 kpg | 0.50 | 10.00 |
2 | Minuman botol | 20 botol | 1.00 | 20.00 |
3 | Hadiah coklat | 1 pkt | 10.00 | 10.00 |
| JUMLAH | 40.00 |
11. Penutup: Aktiviti ini akan meningkatkan kesedaran kewujudan sungai di persekitaran kita. Pihak River Ranger bertanggungjawab untuk menanam perasaan cintai sungai dalam kalangan warga sekolah. Melalui aktiviti ini adalah diharapkan agar pelajar sedar akan keadaan dan persekitaran sungai dan mereka boleh menyumbangkan idea bagi membangunkan kawasan tepi sungai untuk rekreasi.
Disediakan oleh :
Pn. Linda Toh
Tarikh : 1 September 2010
No comments:
Post a Comment